Tuesday, 16 April 2013

 


LANGKAH PERTAMA 

1. Pergi ke laman web PTPTN, dan klik pada LAMAN WEB RASMI 


LANGKAH KEDUA 

1. Ini dia website rasmi PTPTN, maka.. pergi ke bahagian bawah dan klik E-FES 



LANGKAH KETIGA
1. Bila dah klik pada EFES tu.. anda perlu masukkan nombor kat pengenalan anda dan klik semak. Pembayaran yang tidak mendapat Ujrah akan ditulis sebagai PENYATA KIRA KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL. Seperti contoh dibawah, aku ada dua pinjaman iaitu diploma dan ijazah. Dua-dua adalah perjanjian yang berlainan.



LANGKAH KEEMPAT
1. Selepas anda telah memasukkan nombor kad pengenalan.. Anda perlu mengisikan semula ruang untuk no ic dan no pinjaman. Untuk mengetahui nombor pinjaman, anda boleh menghubungi operator PTPN di nombor talian PTPTN 03-20804455. Sila minta 'NO SEMAKAN PINJAMAN'



LANGKAH KELIMA
Setelah masukkan nombor ic dan no pinjaman. Anda akan dapat melihat penyata terbaru pinjaman PTPTN anda. Untuk membuat pembayaran pergi klik di bahagian kotak kosong dibahagian bawah kiri dan masukkan berapa angka yang anda hendak bayar. Klik pada butang bayar dibahagian kanan.



LANGKAH KEENAM 
1. Ini gambar bila anda dah tekan bayar, Akan keluar satu slip PTPTN lengkap dengan nombor rujukan dan jumlah bayaran.


LANGKAH KETUJUH
1. Pilih akaun banking yang anda miliki. Kalau ada Bank Islam, guna Bank Islam.. Kalau ada Maybank2u click pada maybank... Mereka hanya akan kenakan caj sebanyak 50 sen sahaja.



LANGKAH KELAPAN 
Jika anda gunakan mayban2u.. Log in la seperti yang disuruh.






LANGKAH KESEMBILAN 
1. Dan kini anda sudah menunaikan tanggungjawab anda dengan membayar PTPTN!


SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA!!


copy paste dr blog celoteh BEHA. mekaseh. :)



No comments:

Post a Comment