Thursday, 28 March 2013

Sedekah?

Nak tanya, apa perasaan korang bila nampak peminta sedekah kat tepi jalan?

Perasaan saya, saya rasa diorang menipu. Lagi-lagi kalau pasangan yg sorg buta, sorg lg tak.
Yg tak buta tu akan pimpin org yg buta utk minta derma sambil jual tisu. Macam tak rasional, sorang lg tu ada kudrat, tp kenapa nak bazir masa teman pasangan dia minta sedekah instead of cari kerja yang lebih baik.

Saya jugak selalu rasa suami saya baik, sebab mostly, setiap orang yg mintak sedekah kat meja kitorang (time makan kat restoran), mesti dia baik hati je sedekah. Padahal tatau orang tu tipu ke tidak.

TAPI, saya rasa...
Pandangan saya dah berubah. Sebab beberapa minggu lepas, saya ada nampak sorang pakcik ni mintak sedekah kat pasar malam. And pakaian yg dia pakai lebih kurang serupa macam pakaian yg abah saya selalu pakai. Baju melayu dgn kopiah. Pastu ada janggut sikit.

Sedih pulak bila tgk pakcik ni, teringat abah kat kampung. Kesian sangat kat dia. Saya bagi la seringgit. Sikit je.. Tapi rasanya dia berjaya merubah pandangan saya pada peminta sedekah. Dalam hati saya, tape la kalau dia tipu pon, itu urusan dia dgn Tuhan. Yg penting saya tak rasa bersalah dan terkilan sbb tak bantu orang yg memerlukan.

Lagipun, mungkin mereka yg meminta sedekah ni dah usaha yg terbaik utk cari kerja, tp takde majikan yg nak ambil diorang bekerja. Jadi, meminta sedekahlah jalan terakhir mereka.

Sbb even saya sendiri, dah banyak interview yg saya pergi. Tapi semuanya tak dapat. Nak cakap tade kelulusan, berkelulusan. Bukan nak membangga diri, tapi saya grad with 3.8 cgpa, awarded by Anugerah Naib Cancelor, sempurna fizikal dan mental. Masih tak dapat kerja yg berdekatan dgn suami. Jadi, apatah lagi kalau nak compare dgn mereka2 yg kurang bernasib baik kan?

Jadi, doakan lah ye semoga saya kekal macam ni. Mungkin hari ni saya terbuka hati utk sekadar menderma seringgit dua. Tapi mana tau nanti2, saya terbuka hati utk menderma seribu dua. 

Amin. :)

Salam Jumaat!


2 comments:

  1. roy.. advice from my aunt.. kalau kita dah usaha sedaya upaya cari kerja lain, tp still tak dapat gak.. means ada amanah yang tak selesai lagi kt tempat lama. so, kena usaha cr ape yg x selesai lg tu.. insyaAllah lps tu akn ada rezeki

    ReplyDelete
  2. hi yasmin.
    baru baca komen ko. ye ke? hmm.. apalar yg aku tak selesaikan lg yek? kena berusaha mencari ni. btw, tq. :)

    ReplyDelete