Thursday, 28 March 2013

Sedekah?

Nak tanya, apa perasaan korang bila nampak peminta sedekah kat tepi jalan?

Perasaan saya, saya rasa diorang menipu. Lagi-lagi kalau pasangan yg sorg buta, sorg lg tak.
Yg tak buta tu akan pimpin org yg buta utk minta derma sambil jual tisu. Macam tak rasional, sorang lg tu ada kudrat, tp kenapa nak bazir masa teman pasangan dia minta sedekah instead of cari kerja yang lebih baik.

Saya jugak selalu rasa suami saya baik, sebab mostly, setiap orang yg mintak sedekah kat meja kitorang (time makan kat restoran), mesti dia baik hati je sedekah. Padahal tatau orang tu tipu ke tidak.

TAPI, saya rasa...
Pandangan saya dah berubah. Sebab beberapa minggu lepas, saya ada nampak sorang pakcik ni mintak sedekah kat pasar malam. And pakaian yg dia pakai lebih kurang serupa macam pakaian yg abah saya selalu pakai. Baju melayu dgn kopiah. Pastu ada janggut sikit.

Sedih pulak bila tgk pakcik ni, teringat abah kat kampung. Kesian sangat kat dia. Saya bagi la seringgit. Sikit je.. Tapi rasanya dia berjaya merubah pandangan saya pada peminta sedekah. Dalam hati saya, tape la kalau dia tipu pon, itu urusan dia dgn Tuhan. Yg penting saya tak rasa bersalah dan terkilan sbb tak bantu orang yg memerlukan.

Lagipun, mungkin mereka yg meminta sedekah ni dah usaha yg terbaik utk cari kerja, tp takde majikan yg nak ambil diorang bekerja. Jadi, meminta sedekahlah jalan terakhir mereka.

Sbb even saya sendiri, dah banyak interview yg saya pergi. Tapi semuanya tak dapat. Nak cakap tade kelulusan, berkelulusan. Bukan nak membangga diri, tapi saya grad with 3.8 cgpa, awarded by Anugerah Naib Cancelor, sempurna fizikal dan mental. Masih tak dapat kerja yg berdekatan dgn suami. Jadi, apatah lagi kalau nak compare dgn mereka2 yg kurang bernasib baik kan?

Jadi, doakan lah ye semoga saya kekal macam ni. Mungkin hari ni saya terbuka hati utk sekadar menderma seringgit dua. Tapi mana tau nanti2, saya terbuka hati utk menderma seribu dua. 

Amin. :)

Salam Jumaat!


Wednesday, 27 March 2013

Kenapa saya tak suka bos saya??

1. Sejak dari mula-mula kerja, dia tak pernah nak guide saya. Dia just tahu nak assign task, then siap. Kalau saya ada masalah, dia bukan nak tolong pon. Dah berpuluh email yg saya hantar, tp berapa kerat je yg dia reply. MOST OF ALL, tak reply.

2. Okay, so sebab dia tanak tolong, kena la saya cari senior lain yg boleh tolong saya. Masalahnya, bukan sume orang willing nak tolong kita. Masing2 ada kerja masing2 kot. Takkan lah diorang sibuk nak devote masa diorang utk tolong saya. Ajar dr scratch tu! Jadi, adalah sorang senior yg baik tolong saya. Jadi saya pun bergantung harap la dgn dia.

3. Masalah timbul bila senior tu bukan satu group dgn saya. Bos saya call suruh cari senior lain utk ajar saya. Senior yg tu lain group. Nanti dia ajar ilmu sesat. Kan sakit hati tu kan? Dah kenapa la bos aku nih. Gile ke apa? Bkn senang nak cari orang utk tolong. Then, sesuka hati suh cari orang lain. Apakah yg teramat sgt???? 

4. Jadi, terpaksalah saya berdikari dan tebalkan muka tanya senior2 lain yg tak berapa rajin nak layan saya. Tapi at the same time, sbnrnya senior yg lain group tu senyap2 gak tolong saya. Hehe. TQ!

5. Pastu, setiap bulan kami akan ada teamlunch. Budget by Intel, rm30/person. This is in order to strengthen the bond between the groups la. Group kami ada 5 orang. 2 orang based in Kulim, 3 orang based in Penang.
Saya kt Kulim, bos kat Penang. And setiap kali teamlunch tu, diorg akan buat kat Penang! Dia tak pernah pon nak travel dtg Kulim. Kan melampau tu. saya dah kerja kat sini 20 bulan, sekali pon dia tak pernah dtg Kulim. Nampak tak bias dia tu???

6. And setiap bulan, sepatotnya kami akan ada sesi 1:1. Sesi ni sesi antara pekerja dgn bos. Kiranya kami akan face to face utk berbincang dan berborak mengenai kerja and also personal.Tapi, baru 5 kali rsnya kami ada sesi tu. mana lagi 15kali??? Aku ada byk menda nak cakap kot. Oh, lupa nak cakap. Ni pun bukan face to face, kitorg cakap dalam telefon je. Cuma dua je f2f, tu pon kebetulan lepas team lunch.

7. Semasa 1:1 tu, dia akan tanya lah, macam mana kerja kita, ada masalah ke tak? personal pon macam mana? Semua okay ke? So, dgn baik hati, saya selalu la me'report' masalah saya kat dia. Dgn harapan sedikit sbyk, dia memahami dan bertolak ansur utk tolong. Tapi sayang 1000x sayang, seperti mencurah air ke daun keladi, seperti bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Dia cuma nak tau je. Dia tak teringin pun nak tolong. Kan sakit hati kan? Buat apa nak tunjuk macam ko concern kalau ko tak bleh nak tolong pon?

8. Dan terakhir sekali, saya masih bengkek sbb dia tak bg saya WFH (work from home) harituh. Siap cakap, as an adult, u should sit together with ur husband, and solve this problem together. Peh! Mmg lah kitorang dah buat macam tu. And disebabkan saya ada privilege utk WFH, itu lah jalan pertama yg kami nampak. Apakah?!

Huh, byk dah saya membebel. Maaflah, saya lebih byk merepek dr bg info berguna. Geram sgt dgn bos saya yg perangai nya tah hape2!

Wednesday, 20 March 2013

march 21, 2013

kenapa saya frust pasal politik? meh saya listkan:
1. berpecah belah sesangat
- A salahkan B, B salahkan A, A fitnah B, B fitnah A. yg C dan D tepuk tangan, senyum sampai ke telinga.
      (A, B, C dan D mewakili parti politik)
- Orang kahwin sampai bercerai berai, berkawan baik boleh jadi musuh. 

2. sebab saya suka Tun Mahathir. 
- saya sedih ramai orang salahkan dia utk segala apa yg terjadi kat Malaysia ni. Kan dia dah byk berkorban utk Malaysia, nape orang masih nak salahkan dia? projek IC la, kroni la, apa la. instead of diorg terus tuding jari pasal projek IC tu, cuba bg fakta berserta tarikh dan juga kejadian tntg projek IC tu. and tntg kroni tu.. hmm.... *bunyi cengkerik*

3. Pucuk pimpinan PKR yg geli
- anak beranak dia je kat atas. ingat guna sistem beraja ke? anak beranak sume nak ada pangkat. apakah??
- byk sgt dah video + gambar seks si A****R tu tersebar. Takkan la sumenya edit? Kalau la betul sume edit. Cuba edit gambar Najib plak. Tensen betul aku la. tak dinafikan, kalo dgr ceramah dia, mmg macam betul apa yg dia cakap. compare to Najib, A****r mmg bijak berhujah, buat ayat, meyakinkan orang.. Tapi... kalo dah perangai camtu. camne?? 

4. Janji-janji yg tidak ditepati oleh PR
- manifesto itu dan ini. byk gilos! Tapi habuk pon tarak. Utk PRU 13 ni, lagi lah byk janjinya. Tapi tatau bole buat ke tidak?
- one of my friend ada ckp, kat berita sume asek cite psl mslh negeri selangor. mcm la negeri lain tade mslh. Mmg.. negeri lain ada mslh, tp kerajaan dah setelkan. Tang selangor tu, PKR punya part, tp tak setel2. so, mmg la kena jadi bahan. Haha.

5. Usaha yg ditunjuk oleh PM
- sejak Najib jadi PM, dia mmg turun padang. lawat sini, lawat sana. Buat ni, buat itu. Dia tak goyang kaki pon mcm sesetengah pemimpin lain. jadi, tlg la appreciate dia jugak. 

hmmm... setelah membebel dgn panjangnya, apa yg dpt saya simpulkan disini ialah:

UNDIlah utk pemimpin yg terbaik. Saya tak cakap kerajaan 100% btol, dan pembangkang 100% salah. Tapi nilai lah secara keseluruhan nya. Jgn nilai utk diri kita je, apa yg kita bole dpt. Tp nilai utk orang lain jugak, terutamanya kaum kita. Adakah mereka bole dpt sama mcm kita akan dpt utk pilihan yg kita buat atau pon tidak?

Sejujurnya, dulu masa Paklah memimpin, saya mmg nak sgt PKR ni mng. Lem**b btol dia tu. Tp, lepas PM skrg naik, dgn apa yg terjadi skrg. Kerajaan skrg adalah yg terbaik. :)




Tuesday, 19 March 2013

demotivated

Situasi: Demotivated sebab bos tak approve nak Work From Home (WFH)

Sebab saya nak WFH:
- Baru kahwin bulan 11, 2012. husband dgn saya ialah PJJ. Jumpa on weekend je. Husband KL, saya Kulim.
- Unplan: saya termenandong (anak yg sah tahhu), dan skrg adalah minggu ke-6.
- Rasa sgt tak larat, penat, pening, sengsorang je kat Kulim. tade sape nak jaga. Jadi nk WFH utk 1st trimester ni.

Sebab bos tak bagi WFH:
- tak adil utk orang lain yg mengandong jugak. (apakah? diorg duduk dgn husband diorang kot. pasti lah lebih tabah)

Kesannya:
- Saya rasa sgt demotivated. Rasa mcm nak menangis sesangat. Rs bengang gile dgn bos. Dah la selama ni mmg tak sporting. Time ni pon tak sporting. Apakah???

Cara menangani:
Tatau la camne nk buat. Sedih sgt. Rasa mcm nk benti keje skrg je. Tp takleh sbb, still ada 2 bulan notis. Kalo benti skrg pon, kena tggu 2 bulan. tup tup lepas 2 bulan, morning sickness sume da tade. elok je.
tak ke naya? so, kena ikot plan. berhenti bulan 7 nanti. Lepas dpt bonus utk bonus 1/2 tahun nnti.

Tolong suggest saya camne nk menangani situasi ni.
Kecik bg anda, besar bg saya.
T.T

T.T

T.T