Monday, 27 January 2014

KORSET ELYSYLE ELKEN DX

PENGENALAN KORSET LINGERIE ELYSYLE ELKEN DX
Korset ELKEN DX adalah pakaian dalam wanita yang direka khusus untuk pelangsingan dan kesihatan. Korset jenama nombor satu ini telah diiktiraf dan diperbuat daripada bahan yang sangat berkualiti dan selesa dipakai sehinggakan dijamin kualitinya sepanjang hayat.

Fabrik Egyptian Cottonsoft and breathable.
Sgt2 nyaman dan selesa and I like to wear it so much krn membentuk badan secara semulajadi

Konsep tolak, kunci dan kekal lemak.
Kesan serta merta untuk mengangkat bahagian yang melenduh, membulatkan bahagian yang leper dan membentuk bahagian yang mengeleber.

Ramai yang telah memakai korset Elken DX ini dan merasai kebaikan dari segi peningkatan kesihatan dan kecantikan badan. Kebaikan kesihatan yang diberikan oleh korset ini tidak terhad kepada wanita sahaja. Ia sesuai dimanfaatkan oleh semua orang termasuklah golongan lelaki dan semua peringkat umur termasuklah bayi.

Benefits:
-SHAPE UP your body and give a good posture, FIRM UP breasts and buttocks
-Reduce Cellulite and stretch marks
-Reduce CONSTIPATION
-Improve RESPIRATORY system
-Regulate period flow, improve irregular period and eliminate PERIOD PAIN
-Help people to CONCEIVE baby
-Reduce back pain and good for people having problem with SLIP DISC
and MANY MORE!!!

Kombinasi bahan buatan bermutu:
Nilon yang Lembut dan mesra kulit 
Poliuretane serat elastik yang bersifat kenyal 
Kapas Mesir yang bermutu tinggi membalut serat elastik dan menambahkan keselesaan.

BRASIERRE
elken dx,long bra,bra elken,lizaelken,korset elken
Elken DX bra

BODY SHAPER
WAIST NIPPER
LONG GIRDLE
PANTIES

"orang tak tahu apa yang kita pakai tapi diri sendiri tahu kan? Itu yang membuatkan kita rasa lebih yakin dan bersemangat"

interested?
call/whatsapp : 013 433 5393 (rohaya)

:)

Wednesday, 5 June 2013

counting days

Ha, bila part counting days ni, pasti ingat nak bersalin dah kan?
Bukan laaa... ni tgh counting days nak benti keje.
Perasaannya, super excited!
Tak sangka perasaannya lg excited nak pegi bercuti, lg excited dr nak makan sedap-sedap dan segala jenis perasaan yg seronot.
Perasaan nak benti keje ni paling seronot.
Agaknya sebab lepas ni officially mmg dapat tinggal sesama dgn husband kot.
Dah tak yah jejauh lg. Dia selalu ada...
Wah! seronot.

Skrg dah masok 2nd trimester, doakanlah semoga baby saya sihat sejahtera.
Tak sabar nak tunggu dia lahir, rindu dah kat dia walaupun ada dlm perut sndr. Haha, macam-macam perasaannya.



Friday, 3 May 2013

Batu Tawas solusi ketiak busuk

Haha, aku baca tajuk ni pun nak tergelak.
Tapi siyes, selama mana yg aku ingat aku pakai deodorant, batu tawas adalah yg terbaik.


Tadaa, ni dia batu tawas yg aku pakai skrg ni. 
Ciri-ciri dia:
1. Langsung tak berbau. Kiranya kalo korang pakai perfume, takkan bercampur dgn bau deodorant.
2. Tahan lama. Boleh pakai lama. Aku beli ms awal2 kahwin dulu (bulan 11 2012), sampai sekarang ada lg.
3. Ketiak tak jadi warna hitam. Nak kata memutihkan ketiak tatau nak komen mcm mana. Tp tak jd hitam mcm pakai sesetengah deodorant.

Kelemahan dia:
Jgn lah bg jatuh. Sekali dua boleh la, tp kalo byk kali, nanti dia pecah. Bila dah pecah. Takleh la nak pakai.

Jadi, aku syorkan rakan2 diluar sana pakailah batu tawas ni utk gantikan deodorant. Kitorang laki bini pakai menda ni skrg.

Akhir kata, majulah batu tawas utk ketiak! :P

Tuesday, 16 April 2013

 


LANGKAH PERTAMA 

1. Pergi ke laman web PTPTN, dan klik pada LAMAN WEB RASMI 


LANGKAH KEDUA 

1. Ini dia website rasmi PTPTN, maka.. pergi ke bahagian bawah dan klik E-FES 



LANGKAH KETIGA
1. Bila dah klik pada EFES tu.. anda perlu masukkan nombor kat pengenalan anda dan klik semak. Pembayaran yang tidak mendapat Ujrah akan ditulis sebagai PENYATA KIRA KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL. Seperti contoh dibawah, aku ada dua pinjaman iaitu diploma dan ijazah. Dua-dua adalah perjanjian yang berlainan.



LANGKAH KEEMPAT
1. Selepas anda telah memasukkan nombor kad pengenalan.. Anda perlu mengisikan semula ruang untuk no ic dan no pinjaman. Untuk mengetahui nombor pinjaman, anda boleh menghubungi operator PTPN di nombor talian PTPTN 03-20804455. Sila minta 'NO SEMAKAN PINJAMAN'



LANGKAH KELIMA
Setelah masukkan nombor ic dan no pinjaman. Anda akan dapat melihat penyata terbaru pinjaman PTPTN anda. Untuk membuat pembayaran pergi klik di bahagian kotak kosong dibahagian bawah kiri dan masukkan berapa angka yang anda hendak bayar. Klik pada butang bayar dibahagian kanan.



LANGKAH KEENAM 
1. Ini gambar bila anda dah tekan bayar, Akan keluar satu slip PTPTN lengkap dengan nombor rujukan dan jumlah bayaran.


LANGKAH KETUJUH
1. Pilih akaun banking yang anda miliki. Kalau ada Bank Islam, guna Bank Islam.. Kalau ada Maybank2u click pada maybank... Mereka hanya akan kenakan caj sebanyak 50 sen sahaja.



LANGKAH KELAPAN 
Jika anda gunakan mayban2u.. Log in la seperti yang disuruh.






LANGKAH KESEMBILAN 
1. Dan kini anda sudah menunaikan tanggungjawab anda dengan membayar PTPTN!


SELAMAT MENCUBA DAN MAJU JAYA!!


copy paste dr blog celoteh BEHA. mekaseh. :)



Wednesday, 3 April 2013

kenapa bertukar menjadi blog suka hati?

jeng jejeng!
perasan tak?
nama blog ni dah tukar? ha tau tak kenapa?
sebabnya adalah berikut:
1. sebab suka hati la nak tulis pasal apa. personal ke, kerja ke, negara ke, dunia ke, semua boleh.
2. rujuk sebab 1 diatas. hehe.


Thursday, 28 March 2013

Sedekah?

Nak tanya, apa perasaan korang bila nampak peminta sedekah kat tepi jalan?

Perasaan saya, saya rasa diorang menipu. Lagi-lagi kalau pasangan yg sorg buta, sorg lg tak.
Yg tak buta tu akan pimpin org yg buta utk minta derma sambil jual tisu. Macam tak rasional, sorang lg tu ada kudrat, tp kenapa nak bazir masa teman pasangan dia minta sedekah instead of cari kerja yang lebih baik.

Saya jugak selalu rasa suami saya baik, sebab mostly, setiap orang yg mintak sedekah kat meja kitorang (time makan kat restoran), mesti dia baik hati je sedekah. Padahal tatau orang tu tipu ke tidak.

TAPI, saya rasa...
Pandangan saya dah berubah. Sebab beberapa minggu lepas, saya ada nampak sorang pakcik ni mintak sedekah kat pasar malam. And pakaian yg dia pakai lebih kurang serupa macam pakaian yg abah saya selalu pakai. Baju melayu dgn kopiah. Pastu ada janggut sikit.

Sedih pulak bila tgk pakcik ni, teringat abah kat kampung. Kesian sangat kat dia. Saya bagi la seringgit. Sikit je.. Tapi rasanya dia berjaya merubah pandangan saya pada peminta sedekah. Dalam hati saya, tape la kalau dia tipu pon, itu urusan dia dgn Tuhan. Yg penting saya tak rasa bersalah dan terkilan sbb tak bantu orang yg memerlukan.

Lagipun, mungkin mereka yg meminta sedekah ni dah usaha yg terbaik utk cari kerja, tp takde majikan yg nak ambil diorang bekerja. Jadi, meminta sedekahlah jalan terakhir mereka.

Sbb even saya sendiri, dah banyak interview yg saya pergi. Tapi semuanya tak dapat. Nak cakap tade kelulusan, berkelulusan. Bukan nak membangga diri, tapi saya grad with 3.8 cgpa, awarded by Anugerah Naib Cancelor, sempurna fizikal dan mental. Masih tak dapat kerja yg berdekatan dgn suami. Jadi, apatah lagi kalau nak compare dgn mereka2 yg kurang bernasib baik kan?

Jadi, doakan lah ye semoga saya kekal macam ni. Mungkin hari ni saya terbuka hati utk sekadar menderma seringgit dua. Tapi mana tau nanti2, saya terbuka hati utk menderma seribu dua. 

Amin. :)

Salam Jumaat!


Wednesday, 27 March 2013

Kenapa saya tak suka bos saya??

1. Sejak dari mula-mula kerja, dia tak pernah nak guide saya. Dia just tahu nak assign task, then siap. Kalau saya ada masalah, dia bukan nak tolong pon. Dah berpuluh email yg saya hantar, tp berapa kerat je yg dia reply. MOST OF ALL, tak reply.

2. Okay, so sebab dia tanak tolong, kena la saya cari senior lain yg boleh tolong saya. Masalahnya, bukan sume orang willing nak tolong kita. Masing2 ada kerja masing2 kot. Takkan lah diorang sibuk nak devote masa diorang utk tolong saya. Ajar dr scratch tu! Jadi, adalah sorang senior yg baik tolong saya. Jadi saya pun bergantung harap la dgn dia.

3. Masalah timbul bila senior tu bukan satu group dgn saya. Bos saya call suruh cari senior lain utk ajar saya. Senior yg tu lain group. Nanti dia ajar ilmu sesat. Kan sakit hati tu kan? Dah kenapa la bos aku nih. Gile ke apa? Bkn senang nak cari orang utk tolong. Then, sesuka hati suh cari orang lain. Apakah yg teramat sgt???? 

4. Jadi, terpaksalah saya berdikari dan tebalkan muka tanya senior2 lain yg tak berapa rajin nak layan saya. Tapi at the same time, sbnrnya senior yg lain group tu senyap2 gak tolong saya. Hehe. TQ!

5. Pastu, setiap bulan kami akan ada teamlunch. Budget by Intel, rm30/person. This is in order to strengthen the bond between the groups la. Group kami ada 5 orang. 2 orang based in Kulim, 3 orang based in Penang.
Saya kt Kulim, bos kat Penang. And setiap kali teamlunch tu, diorg akan buat kat Penang! Dia tak pernah pon nak travel dtg Kulim. Kan melampau tu. saya dah kerja kat sini 20 bulan, sekali pon dia tak pernah dtg Kulim. Nampak tak bias dia tu???

6. And setiap bulan, sepatotnya kami akan ada sesi 1:1. Sesi ni sesi antara pekerja dgn bos. Kiranya kami akan face to face utk berbincang dan berborak mengenai kerja and also personal.Tapi, baru 5 kali rsnya kami ada sesi tu. mana lagi 15kali??? Aku ada byk menda nak cakap kot. Oh, lupa nak cakap. Ni pun bukan face to face, kitorg cakap dalam telefon je. Cuma dua je f2f, tu pon kebetulan lepas team lunch.

7. Semasa 1:1 tu, dia akan tanya lah, macam mana kerja kita, ada masalah ke tak? personal pon macam mana? Semua okay ke? So, dgn baik hati, saya selalu la me'report' masalah saya kat dia. Dgn harapan sedikit sbyk, dia memahami dan bertolak ansur utk tolong. Tapi sayang 1000x sayang, seperti mencurah air ke daun keladi, seperti bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Dia cuma nak tau je. Dia tak teringin pun nak tolong. Kan sakit hati kan? Buat apa nak tunjuk macam ko concern kalau ko tak bleh nak tolong pon?

8. Dan terakhir sekali, saya masih bengkek sbb dia tak bg saya WFH (work from home) harituh. Siap cakap, as an adult, u should sit together with ur husband, and solve this problem together. Peh! Mmg lah kitorang dah buat macam tu. And disebabkan saya ada privilege utk WFH, itu lah jalan pertama yg kami nampak. Apakah?!

Huh, byk dah saya membebel. Maaflah, saya lebih byk merepek dr bg info berguna. Geram sgt dgn bos saya yg perangai nya tah hape2!